Assalamualaikum wbt.
Apa khabar kalian? Moga sihat dalam rahmat-Nya selalu dan selamanya. Kali ni nak kongsi antara pengalaman terindah aku bercuti di Pulau Perhentian. Kepada yang belum tahu, pulau perhentian ni terbahagi kepada dua iaitu P.Perhentian Kecil & P.Perhentian Besar. Dua-duanya ada keistimewaan masing-masing.
Perjalanan ke sana dari Gombak mengambil masa kira-kira 9 jam dengan menaiki bus melalui Gua musang menuju ke Jeti Kuala Besut, Terengganu. Memang perjalanan yang memenatkan tambahan pula jalan ke sana agak sempit dan berliku-liku. Tiba di jeti, kami menaikit bot dan mengambil kira-kira 30 min (bergantung kpd ombak) untuk sampai ke P.Perhentian Besar.
Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Pulau Perhentian ini ialah snokerling, scuba diving, bersiar-siar di pantai, jungle trekking, berkayak dll . Di Pulaun Perhentian Kecil pula terdapat 3 buah wind turbine dan beberapa buah solar panel. Namun wind turbine dan solar panel tersebut sudah tidak berfungsi lagi. Untuk melihat wind turbine & solar panel tersebut pengunjung perlulah mendaki bukit dgn laluan jungle trekking. Agak memenatkan tapi bak kata omputih no pain, no gain. Pemandangan dari atas sana, subhanallah!
No comments:
Post a Comment