Friday, 6 July 2012

Pulau Perhentian, Kuala Terengganu

Assalamualaikum wbt.

Apa khabar kalian? Moga sihat dalam rahmat-Nya selalu dan selamanya. Kali ni nak kongsi antara pengalaman terindah aku bercuti di Pulau Perhentian. Kepada yang belum tahu, pulau perhentian ni terbahagi kepada dua iaitu P.Perhentian Kecil & P.Perhentian Besar. Dua-duanya ada keistimewaan masing-masing.


Perjalanan ke sana dari Gombak mengambil masa kira-kira 9 jam dengan menaiki bus melalui Gua musang menuju ke Jeti Kuala Besut, Terengganu. Memang perjalanan yang memenatkan tambahan pula jalan ke sana agak sempit dan berliku-liku. Tiba di jeti, kami menaikit bot dan mengambil kira-kira 30 min (bergantung kpd ombak) untuk sampai ke P.Perhentian Besar.


Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Pulau Perhentian ini ialah snokerling, scuba diving, bersiar-siar di pantai, jungle trekking, berkayak dll . Di Pulaun Perhentian Kecil pula terdapat 3 buah wind turbine dan beberapa buah solar panel. Namun wind turbine dan solar panel tersebut sudah tidak berfungsi lagi. Untuk melihat wind turbine & solar panel tersebut pengunjung perlulah mendaki bukit dgn laluan jungle trekking. Agak memenatkan tapi bak kata omputih no pain, no gain. Pemandangan dari atas sana, subhanallah!








Assalamualaikum wbt

Tujuan blog dicipta :

  • Menyalurkan maklumat kepada pihak yang memerlukan.
  • Memahat memori-memori supaya tak laput ditelan zaman.
  • Mewujudkan legacy dunia dan saham akhirat.
Moga aku instiqamah. Kerana Allah InsyaAllah. :)